Pages

Wednesday, September 4, 2013

Shuhaimi Baba Diancam Bunuh, Diugut Bakar Pejabat..kerana filem Tanda Putera?

Penerbit dan pengarah tersohor, Datin Paduka Shuhaimi Baba mendedahkan selain menerima pelbagai cercaan dam makian beberapa pihak gara-gara penghasilan filem penuh kontroversi, Tanda Putera (yang kini masih lagi ditayangkan di pawagam), beliau juga pernah menerima ancaman bunuh dan ugutan pejabatnya dibakar andai tayangan filem itu diteruskan.

Suhaimi Baba
"Sebenarnya selepas kerajaan Pulau Pinang mengeluarkan surat nasihat (kepada pawagam), bertimbun maklum balas kami perolehi, samada di laman sosial, email mahupun panggilan telefon. Saya tidak kisah komen, tetapi biarlah bukan menghina atau mencerca.

"Lebih teruk, ketika pengumuman tayangan filem ini dibatalkan tahun lalu, saya menerima ugutan bunuh. Individu terbabit juga mengancam mahu membakar pejabat saya sekiranya saya teruskan penayangan filem ini. Ada juga yang mahu campak saya ke neraka. Siapa yang tidak takut.

"Saya hanya pembikin filem, kenapa memberi reaksi melampau. Apabila semakin banyak ugutan sebegitu, saya jadi lali. Saya tidak membuat laporan polis kerana orang sebegitu hanya berani apabila kita tidak mengetahui identitinya. Kami bertawakal kerana yakin nawaitu kami ketika menghasilkan Tanda Putera", katanya. - md

sumber : Berita Harian

1 comments:

  1. sejujurnya jalan cerita cukup hebat tak tahu apa sebab sehingga Filem mencecah jutaan ringgit setanding kos Drama T.V ..
    sekiranya ugutan itu sekadar hendak menutup malu dan mengalih perhatian Pengkritik saya rasa ianya agak hampir berjaya...kalau cerita Sarjan Hassan kita mampu terima disebabkan cerita yang diarahkan Allahyarham Tnsri P.Ramle seiring dengan zaman itu.hingga sekarang bagi saya tiada siapa dapat tandingi Filem Bukit Kepong disebabkn cara skrip dan lakonan yg diarahkn oleh Jins Shamsudin begitu hidup dan jika dimainkn kembali wlaupun melepasi era 2000 pun masih tdk dapat ditandingi...saya rasa sekiranya tugas ini diberikan kepda KRU Prodction insyaalah ianya lebih mantap...jangn salahkan pengkritik sbb dlm indstri Perfileman kritikan itu tdk boleh disekat krana mereka adalah guru kepada yg ingin brjaya...

    ReplyDelete

Nak bergosip? komen anda...anda yang tanggung sendiri tau..

Ping Busuk

 

Ping Sebar Info

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger

Blog Archive

Total Pageviews