Pages

Friday, January 17, 2014

Aidil Zafuan akui tak bayar duit sewa rumah


PETALING JAYA - Pemain bola sepak Kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Razak, 27, mengaku di mahkamah rendah syariah di sini hari ini bahawa dia tidak menjelaskan bayaran rumah sewa RM3,000 sejak keluar dari rumah kelaminnya bersama pelakon, Rita Rudaini Mokhtar, 38, pada Januari, dua tahun lalu.

Menurutnya, bayaran rumah sewa di Kota Damansara tersebut yang diduduki Rita Rudaini bersama dua anaknya dijelaskan oleh isterinya ketika itu selama 18 bulan sehingga mereka sah bercerai pada 4 Ogos tahun lalu.

Berdasarkan keterangan itu, Aidil Zafuan menarik balik keterangannya sebelum ini bahawa dia tidak pernah culas membayar nafkah untuk Rita Rudaini dan anak-anaknya.

Perkara tersebut dibangkitkan oleh peguam Rita Rudaini, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain dalam sesi soal balas terhadap pemain pasukan Johor Darul Takzim (JDT) itu.

“Sepanjang tempoh anak-anak tinggal dengan plaintif (Rita Rudaini), saya memang tidak pernah gagal memberikan nafkah kepada mereka, tetapi, cuma tak bayar sewa rumah.

“Saya tidak berbohong kepada mahkamah, cuma keterangan pada 4 Disember 2013 itu tidak tepat,” katanya.

Aidil Zafuan berkata, beliau ada memaklumkan dan mengajak plaintif tinggal bersamanya di rumah yang disediakan oleh majikannya di USJ 1, Subang Jaya, namun mendakwa Rita Rudaini enggan.

“Plaintif memberi alasan bahawa rumah itu bukan rumah kelamin kami,”katanya.

Aidil Zafuan berkata, berkenaan dengan peruntukan perbelanjaan anak-anaknya, dia tidak pernah menetapkan jumlahnya namun menganggarkan sekitar RM700 sebulan mengikut keperluan.

“Biasanya, saya hanya beli satu pek lampin pakai buang anak jika habis. Begitu juga dengan susu,”katanya yang juga memperuntukkan RM500 untuk pakaian anak-anaknya.

Ketika ditanya Mohd Zaidi mengenai perbelanjaan lain selain keperluan anak-anaknya, Aidil Zafuan berkata:

“Saya membayar RM2,000 untuk ansuran bulanan kereta BMW 3 Series dan RM1,000 bagi motosikal berkuasa tinggi berjenama Ducati Monster,”katanya.

Berkenaan dengan gaji yang diperoleh, Aidil Zafuan menyatakan dia menerima pendapatan bersih RM12,000 ketika berkhidmat bersama pasukannya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 2012.

“Ketika berkhidmat dengan pasukan Negeri Sembilan pada 2011, saya menerima pendapatan RM8,000 sahaja,”katanya.

Beliau berkata, sebagai pemain bola sepak, dia tidak mempunyai pendapatan tetap.

“Adakalanya lebih daripada itu kerana bonus akan diberikan jika memenangi perlawanan,” katanya.

Prosiding tersebut dijalankan di hadapan Hakim, Abd Halim Abu Samah dan ditangguhkan sehingga 31 Mac depan.

Rita Rudaini, 38, menuntut RM5,392 sebulan untuk nafkah dua anak mereka Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3, merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan lampin pakai buang. Aidil Zafuan hadir bersama keluarganya manakala Rita Rudaini ditemani rakan-rakannya. - SH

Wednesday, September 4, 2013

Shuhaimi Baba Diancam Bunuh, Diugut Bakar Pejabat..kerana filem Tanda Putera?

Penerbit dan pengarah tersohor, Datin Paduka Shuhaimi Baba mendedahkan selain menerima pelbagai cercaan dam makian beberapa pihak gara-gara penghasilan filem penuh kontroversi, Tanda Putera (yang kini masih lagi ditayangkan di pawagam), beliau juga pernah menerima ancaman bunuh dan ugutan pejabatnya dibakar andai tayangan filem itu diteruskan.

Suhaimi Baba
"Sebenarnya selepas kerajaan Pulau Pinang mengeluarkan surat nasihat (kepada pawagam), bertimbun maklum balas kami perolehi, samada di laman sosial, email mahupun panggilan telefon. Saya tidak kisah komen, tetapi biarlah bukan menghina atau mencerca.

"Lebih teruk, ketika pengumuman tayangan filem ini dibatalkan tahun lalu, saya menerima ugutan bunuh. Individu terbabit juga mengancam mahu membakar pejabat saya sekiranya saya teruskan penayangan filem ini. Ada juga yang mahu campak saya ke neraka. Siapa yang tidak takut.

"Saya hanya pembikin filem, kenapa memberi reaksi melampau. Apabila semakin banyak ugutan sebegitu, saya jadi lali. Saya tidak membuat laporan polis kerana orang sebegitu hanya berani apabila kita tidak mengetahui identitinya. Kami bertawakal kerana yakin nawaitu kami ketika menghasilkan Tanda Putera", katanya. - md

sumber : Berita Harian

Simon Cowell bakal timang anak lelaki

Pakar pencari bakat, Simon Cowell, mengatakan dia begitu teruja untuk menjadi seorang ayah untuk kali yang pertama. Simon menemani kekasihnya, Lauren Silverman yang baru sahaja selesai membuat imbasan mendapati bayi dalam kandungan Lauren adalah bayi lelaki.
Dari kiri: Walsh, Lauren dan Simon
Menurut The Times lagi, Simon menunjukkan tanda-tanda akan mengakhiri zaman bujangnya tidak lama lagi. Seorang sahabat rapat Simon. Louis Walsh juga memberi petanda akan perkara itu apabila sering melihat Simon dan Lauren ber'dating seperti golongan remaja.



Ping Busuk

 

Ping Sebar Info

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger

Blog Archive

Total Pageviews