Pages

Wednesday, January 9, 2013

Rain Dikurung Akibat Ber'dating' Waktu Latihan Tentera

Rain
Bintang pop terkenal Korea Selatan, Rain, terpaksa menjalani tahanan berek selepas melanggar peraturan apabila berdating dengan kekasihnya ketika dalam latihan iaitu kesalahan besar peraturan tentera negara ini. Ketika itu Rain juga dikatakan tidak mengenakan topi yang wajib dipakai sewaktu dia dalam berpakaian seragam tentera.

Jurucakap menteri pertahanan Korea Selatan berkata, pihaknya telah merujuk kesalahan itu kepada lembaga disiplin tentera dan tindakan terhadap Rain wajar dikenakan.

“Suruhanjaya tatatertib memutuskan Rain perlu dikenakan tindakan tahanan berek selama tujuh hari atas kesalahannya itu,” kata jurucakap kementerian berkenaan seperti yang dilaporkan AFP.

Sudah hampir dua tahun penyanyi berusia 30 tahun itu menjalani latihan tentera yang merupakan peraturan wajib bagi lelaki di Korea Selatan. Dalam laporan media sebelum ini menyebut Rain dijangka menamatkan latihan sekitar Julai 2013.

Minggu lalu Rain dikatakan telah keluar bersama kekasihnya Kim Tae-Hee, 32, seorang bintang drama dengan menaiki kereta dipandu sendiri oleh Rain.

Rain atau nama sebenarnya Jung Ji-Hoon, satu nama besar di Korea Selatan antara artis yang berjaya melebarkan popularitinya di banyak negara termasuk Asia.

Selepas sebuah akhbar tabloid menyiarkan gambarnya dengan Kim Tae Hee, laman web kementerian pertahanan negara ini menerima banyak pesanan agar Rain lebih berdisiplin.

Latihan tentera adalah suatu peraturan yang serius di Korea Selatan bagi mengingati peninggalan peperangan negara ini dengan Korea Utara kerana perang Korea pada 1950 – 1953 berakhir dengan gencatan senjata dan bukannya perjanjian damai.

Semua rakyat negara ini wajib menjalani latihan berkenaan melainkan orang kelainan upaya dan jika sesiapa tidak mematuhinya boleh dikenakan hukuman penjara.

Bagaimanapun hukuman disiplin yang dikenakan terhadap Rain itu boleh dikira hukuman ringan. Untuk pengetahuan, si oppa 'Gangnam Style', Psy, juga pernah terlibat dengan kontroversi ketika menjalani latihan tentera atas dakwaan tidak menjalankan latihan dengan baik. Akibatnya Psy terpaksa menjalani latihan ketenteraan sebanyak dua kali - beerti empat tahun dia duduk dalam kem. - mD

0 comments:

Post a Comment

Nak bergosip? komen anda...anda yang tanggung sendiri tau..

Ping Busuk

 

Ping Sebar Info

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
PingBlog.Net | Himpunan Terbaik Artikel Blogger

Blog Archive

Total Pageviews